TOLONGLAH JANGAN JADI MANGSA SETERUSNYA
Saya teramat sedih dengan kejadian tipu-menipu yang berlaku dalam forex trading ni. Tak pasal-pasal duit yang telah dikumpul sejak sekian lama lebur begitu sahaja tanpa mampu mendapat pembelaan akibat ketamakan sendiri. Lagi sedih jika ia melibatkan wang pinjaman / cagaran harta pusaka!
Justeru saya rasa terpanggil untuk kongsikan sedikit cara bagaimana nak elakkan diri daripada tertipu dengan forex trading ni:
1 - ELAKKAN MELABUR DALAM SKIM YANG MEMBERI PULANGAN TETAP
Ini petunjuk no. 1. Banyak dah terjadi di mana pelabur melabur sejumlah besar wang ke dalam skim forex. Selalunya pulangan dijanjikan ialah 10% SEBULAN. Selepas mengumpul dana yang cukup penganjur pun lari menghilangkan diri. Pelabur dibiarkan melopong merana. Menangis air mata darah sekalipun tiada gunanya. Nak lapor pada pihak berkuasa pun mereka tak boleh ambil tindakan kerana selalunya tiada perjanjian atau black and white dibuat. Daripada nak DUDUK DIAM DAPAT DUIT (4D), akhirnya DUDUK DIAM DAPAT DERITA (4D jugak)
2 - JANGAN PILIH BROKER YANG BAGI PULANGAN TETAP atau BONUS MELAMPAU
Ada sesetengah broker yang menawarkan pulangan tetap yang lumayan. Tak payah trade pun. Letak je duit dalam broker tu. Goyang kaki masuk duit! Kalau tak pun, mereka akan bagi bonus sehingga 100% daripada berapa yang anda masukkan! (contoh: Anda deposit $100, broker akan tambah lagi $100 menjadi $200). Broker-broker sebegini pun amat-amat berisiko tinggi. Ingatlah, kalau broker nak bagi bonus / pulangan tetap, bagaimana mereka nak untung? Bank pun berani bagi 2-3% sahaja SETAHUN kepada para pendeposit, inikan pula syarikat-syarikat yang baru nak naik malah tidak dikenali.
3 - JANGAN BAGI DUIT PADA INDIVIDU UNTUK DIA TOLONG TRADE
Tak payah percaya lah. Buat apa diorang nak tolong trade sebab kalau diorang trade sendiri diorang boleh dapat 100% daripada profit yang dijana, tak perlu kongsi dengan sesiapa. Diorang ni mintak modal sebab diorang ni takde modal. Kalau diorang ada modal diorang dah trade untuk diri sendiri dah.
4 - JANGAN LABUR DUIT KEPADA BROKER DARI MALAYSIA
Ada sesetengah broker yang memberitahu mereka adalah broker berdaftar dari Malaysia. Sebenarnya, Bank Negara Malaysia tidak pernah mengeluarkan lesen untuk broker forex beroperasi di Malaysia. Jadi, siapakah mereka sebenarnya? Mereka ni besar kemungkinan EJEN BROKER (Introducing Broker) sahaja. Mereka cari klien, suruh deposit, dan terima komisen dari broker induk yang berpengkalan di luar negara.
5 - JANGAN GUNAKAN ORANG TENGAH, DEPOSIT SECARA TERUS KEPADA BROKER
Ini pun selalu juga terjadi, di mana trader deposit wang kepada orang tengah yang kemudiannya akan masukkan duit ke dalam akaun trading nya. Ingat, duit akan sampai kepada orang tengah terlebih dahulu. Jika individu tersebut tidak jujur dan memang berniat nak kenakan anda, mereka boleh melesapkan wang anda begitu sahaja. Jadi, cara paling selamat ialah dengan mendepositkan terus akaun trading anda melalui broker. Cara untuk deposit boleh gunakan kad debit, kad kredit atau wire transfer. nak guna orang tengah boleh, pastikan orang yang betul-betul anda kenal. tahu nombor telefon, tahu kampung dia kat mana, tahu dia kerja mana, tahu rumah dia kat mana, tahu siapa anak isteri dia. supaya kalau apa-apa berlaku anda tahu nak cari dia di mana.
Ada beberapa lagi isu-isu semasa yang saya utarakan di dalam PREVIEW PERCUMA TEKNIK FOREX SEBENAR. Jangan lupa dapatkan info-info tambahan di dalam preview ini ya:
http://goo.gl/hmV8LU
Semoga anda terselamat daripada para penjenayah siber di luar sana. Ingatlah, forex tak tipu. Forex adalah industri yang wujud, sama seperti saham, CPO, gold dan lain-lain. Anda hanya perlu tahu bezakan yang mana betul dan yang mana salah sahaja
KHALID HAMID
TEKNIK FOREX SEBENAR
http://bit.ly/tfsprofit
03 DISEMBER 2013

Tiada ulasan:
Catat Ulasan