MASA ADALAH "HARTA" PALING BERHARGA...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Hari Jumaat penghulu segala hari
Marilah kita layan cerita motivasi
Macho tak gambar ni? Haha. Kenangan bersama Kawasaki Ninja RR 150. Motor ni dah dijual selepas pakai 3 bulan sebab tak larat bawak motor berat2 & kena kawal klac ni. Bawak motor dalam KL nak cilok2 susah woo.
Sebelum ni pakai Kriss II dan Lagenda. Sekarang lepas jual Ninja ni saya angkat Sym plak. Motor utk travel dekat2 saja. Kalau jauh memang saya drive lah.
So, apa cerita sebenarnya pasal motor nih?
Saya nak cerita tentang MASA. Dulu saya lagi suka bawak motor. Sebab motor banyak menjimatkan masa saya. Dengan masa yang dijimatkan tu lah saya boleh gunakan untuk mendalami ilmu trading dan perniagaan. Memang banyak jimat masa naik motor. Tak payah tempuh jem, parking senang dll. Dari segi kewangan pun amat menjimatkan.
Kena hina tu tak yah cakap la. Starting gaji saya RM4K+ pangkat Assistant Manager (AM). Staff under saya datang kerja pun bawak kereta canggih tapi AM datang kerja naik motor. Ape kelas ye tak? Saya cuma fikir "saya nak cepat & jimat. saya tak pakai duit diorang atau susahkan hidup diorang pun". ketepikan rasa malu semata2 nak "impress" orang lain. hidup kita, kita yang tentukan. apa guna bergolok gadai nak impress orang akhirnya kita sendiri yang merana. tak dapat duit pun impress orang ni. kan?
http://goo.gl/hmV8LU
Ramai yang mengadu kata takde masa nak baca ebook, tengok video, buat bisnes dll. Ada jugak yang terus-terang cakap dah berbulan-bulan beli TFS tapi baru sekarang nak baca. Adehh... itu semua alasan. Semua orang ada masa 24jam gak. Tapi setiap orang "habiskan" 24jam tu untuk lain2 tujuan. Ada yang tengok drama TV, pergi dating dengan pakwe makwe, pergi main game, pergi shopping, tidur sebanyak mungkin dan macam2 lagi. Macam saya, masa yang ada dulu (dan juga sekarang) saya salurkan ke arah pemantapan diri dan bisnes. Alhamdulillah berkat "mengorbankan" masa ke arah yang betul sekarang hidup saya lebih maju berbanding dulu. Manakala orang2 yang hina saya dahulu hidup mereka masih di takuk lama dan sering mengadu apabila ditekan dengan kenaikan kos sara hidup.
Ingatlah, masa yang dah berlalu tidak boleh diputar balik. Itulah "harta" yang sebenar-benarnya. Dalam Islam pun ada menyebut, "orang yang berjaya adalah orang yang menghargai masa", dan "MASA ITU EMAS". Hargailah masa anda. Laburkan masa anda sebaiknya ke arah yang betul. Pasti anda akan berjaya akhirnya
Sekian terima kasih, Semoga bermanfaat
KHALID HAMID
TEKNIK FOREX SEBENAR
http://goo.gl/hmV8LU
p/s: silakan share, tak perlu minta izin orait

Tiada ulasan:
Catat Ulasan